
Sebab kewujudan MASOC CARE
Dalam "Tale of Two Cities", karya Charles Dickens,
“Itu adalah masa terbaik, ia adalah masa terburuk,
itu adalah zaman kebijaksanaan, ia adalah zaman kebodohan.”
​
Negara kita berada pada masa yang paling unggul, dengan KDNK sebanyak USD944.5 bilion (Pariti kuasa beli) pada tahun 2019 – paling tinggi berbanding dengan tahun-tahun kebelakangan ini. Negara kita dengan KDNK (PPP) per kapita yang berperingkat di antara 30 teratas di dunia, penduduk Malaysia dapat menikmati tahap ekonomi yang optimum, terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar utama.
Namun, jika kita melihat lebih mendalam pada bandar-bandar tersebut, kita akan terjumpa bahawa ia juga masa yang paling teruk – kira-kira 29.9% warga tua yang tinggal di dalam ‘sarang kosong’ sama ada tinggal bersendirian atau dengan pasangan mereka yang tiada teman daripada anak-anak mereka – juga adalah nisbah yang paling tinggi tahun-tahun kebelakangan ini.
​
Pada tahun 2020, terdapat melebihi 7.0% daripada jumlah populasi yang berumur 65 tahun ke atas di negara kita, hal ini telah mencapai definisi konvensional antarabangsa sebagai “masyarakat penuaan”.
Menjelang tahun 2044, dijangka sebanyak 14.0% daripada populasi adalah golongan warga yang berusia 65 tahun ke atas, jadinya Malaysia akan digelar sebagai “masyarakat penuaan”.
Antara tahun 2020 dan 2040, bilangan orang yang mempunyai batasan fungsi dalam aktiviti kehidupan seharian diunjurkan meningkat berganda.
​
Kita boleh terperangkap dalam ‘zaman kebodohan’ atau berkembang dalam ‘zaman kebijaksanaan’, bergantung kepada bagaimana kita bersedia untuk haluan penuaan ini.
​
Ia akan menjadi kebodohan kita kalau mengekalkan kemudahan dan perkhidmatan rumah penjagaan warga emas yang berputus asa, atau ia akan menjadi kebijaksanaan kita untuk menaikkan kualiti piawaian supaya penjagaan warga emas setaraf dengan piawaian dunia.
​
Ia akan menjadi kebodohan kita kalau meneruskan keadaan sekarang yang mengambil penjaga warga emas dari negara asing yang tidak pernah dilatih untuk menjadi penjaga warga emas, atau ia akan menjadi kebijaksanaan kita untuk melatih pekerja tempatan dengan pengetahuan dan kemahiran dari negara Jepun, Australia dan negara-negara Eropah yang berperingkat kebangsaan.
​
Ia akan menjadi kebodohan kita jika mengabaikan peningkatan kelemahan warga tua bahawa ahli-ahli keluarga mereka perlu berusaha untuk menangani keperluan warga tua, atau ia akan menjadi kebijaksanaan kita bagi melengkapkan keluarga kita dengan kemahiran penjagaan warga emas yang mencukupi untuk menjaga warga emas yang kita sayangi.
​
Pilihan tersebut yang dihadapi bahawa kami tentukan matlamat menubuhkan persatuan ini.
Dengan mengamalkan hikmah daripada rakan sejawat kita di negara lain seperti negara Eropah, US, Australasia dan Asia, terutamanya Jepun – bukan sahaja disebabkan kemahiran penjagaan warga emas di negara tersebut yang bertahap tinggi di dunia, tetapi juga banyak persamaan dalam perkongsian nilai keluarga Asia dan gaya hidup di antara penduduk Jepun dan Malaysia – Persatuan akan mempertingkatkan piawai perkhidmatan rumah penjagaan warga emas dengan mengamalkan perundingan yang terbaik dan memajukan profesionalisme di kalangan penjagaan warga emas melalui program latihan, untuk kedua-duanya penjaga warga emas dan ahli keluarga penjaga.
​
Anda dialu-alukan untuk menyertai perusahaan di MASOC CARE.
​
Sebagai Orang Malaysia, Kita Prihatin.
