
Mesej daripada Setiausaha Umum
Apa punca kejayaan Penjagaan Profesional?
​
Dengan memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pakar bidang, adakah kita layak menyebutkan diri kita sebagai seorang profesional? Kajian penyelidikan PhD saya adalah berkaitan dengan profesional penjagaan kesihatan, salah satu faktor yang saya mengkaji topik ini adalah identiti profesional – persepsi kepunyaan kepada kerjaya* di mana tingkah laku sesorang akan berpandukan nilai dan norma kerjaya mereka sebagai penghasilan internalisasi untuk nilai dan norma tersebut. Seseorang doktor yang mempunyai identiti profesional yang tinggi akan mengutamakan kesihatan pesakit berbanding dengan insentif lain. Saya mendapati walaupun subjek saya memperoleh latihan yang cukup dalam pengetahuan dan kemahiran perubatan, sesetengah daripada mereka juga mempunyai identiti profesional yang rendah.
​
Jika anda bersakit, anda lebih yakin dirawat oleh seorang penjaga kesihatan profesional yang hanya mementingkan keuntungan, atau seseorang yang betul menitikberat etika profesional mereka sebagai seorang penjaga kesihatan, siapa yang boleh menyembuhkan anda?
​
Sekarang, bayangkan anda menggaji seorang penjaga warga emas untuk menjaga ibu bapa anda yang sentiasa memegang tangan anda sejak anda lahir. Ibu bapa telah semakin berusia, siapakah yang anda percayai untuk memegang tangan mereka? Adakah anda boleh menerima seorang penjaga warga emas yang hanya mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menjaga warga tua, ataupun seseorang bukan hanya mempunyai pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga sentiasa bersikap baik dan prihatin untuk membawa kegembiraan kepada warga emas?
​
Dalam persatuan ini, kami bersungguh-sungguh membantu ahli-ahli kami untuk mencari identiti mereka sebagai seorang penjaga warga emas yang profesional, dan dapat menikmati identiti ini dengan kebanggaan, maruah diri dan harga diri.
​
Selain daripada identiti profesional yang mempengaruhi mereka, sikap bersemangat juga mempengaruhi mereka supaya sentiasa menyediakan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada pesakit. Dalam persatuan ini, kami berusaha untuk menyediakan platform bahawa profesional penjagaan warga emas yang bersemangat akan meningkat melalui pelbagai aktiviti, latihan, dedahan, rangkaian dan kerjasama antarabangsa. Dengan membawa pengamalan yang terbaik daripada rakan sejawat kita di antarabangsa, kami juga memberi sokongan apabila ahli-ahli kami perlu menguatkan mereka untuk melakukan perkara yang melebihi keperluan yang diminta oleh pelanggan tempatan – dan apa yang mereka rasa boleh buat. Di sini, kami akan memberi sokongan dalaman yang mereka perlu, memberitahu mereka bahawa: "sentiasa bergigih dan berseronok, ini adalah apa yang anda hendak lalukan, dan percaya anda sendiri, anda boleh berjaya melakukan perkara ini".
​
Hanya sebahagian profesional penjagaan warga emas sanggup menangani keperluan keseluruhan warga tua, bahawa bukan hanya dari aspek perubatan atau fisiologi. Hal ini juga mengandungi aspek-aspek sosial – keperluan untuk interaksi dengan keluarga, kawan-kawan dan masyarakat; aspek-aspek kognitif – keperluan untuk menghafal fakta, memproses informasi, pengingatan kenangan, menempukan perhatian dan menyelesaikan masalah; dan aspek-aspek fisiologi – keperluan untuk be diakui, dapat melakukan idaman mereka, dan cekap dalam melakukan sesuatu perkara dengan berkesan.
​
Jawapan bagi apa yang menjadikan seorang penjaga profesional, hal ini melibatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul – identiti profesional, semangat, dan kepercayaan seseorang – menyedia perkhidmatan bukan sahaja keperluan perubatan dan fisiologi, tetapi juga keperluan dari aspek sosial, kognitif dan psikologikal untuk pelanggan kami.
​
Misi utama MASOC CARE ialah membangunkan profesional penjagaan warga emas dinyatakan di atas.
​
Untuk memperkasakan kerjaya kita secara keseluruhan, persatuan ini akan memudahkan interaksi dan integrasi di antara pelbagai ahli komponen dalam ekosistem penjagaan warga emas seperti rumah penjagaan warga tua, kemudahan penjagaan kesihatan, harta persaraan, aplikasi penjagaan warga emas, perbelanjaan, dan polisi awam. Untuk memperbaikkan kualiti perkhidmatan penjagaan warga emas, pakar penjagaan perlulah bermain peranan proaktif dalam batasan inovasi – yang sentiasa berubah dengan dramatik dalam keseluruhan fungsi dalam rangkaian penjagaan warga emas di dalam industri penjagaan tempatan. Jika profesional penjagaan individu ingin mencapai visi ini, ia akan jadi keadaan mustahil. Walau bagaimanapun, dengan memperoleh identiti profesional yang hasrat sebagai seorang penjaga warga emas yang profesional, bersemangat dalam penjagaan, dan kepercayaan diri sendiri yang baik, kita, bersama-sama, dapat menguatkan Persatuan sebagai wakil dalam industri ini untuk memujuk pelbagai pihak penting dan merealisasikan impian ini.
​
Kasih Malaysia, Kepiawaian Sedunia – marilah kita mencapai matlamat ini .

Dr. Melody Ang sedang bermain piano di pusat jagaan warga tua di Tokyo, Jepun
DR MELODY ANG XING YUEN
BSc (Monash); MIB (Monash); PhD (Monash)
​
Emel: info@masoc.care
​
*Ashforth, Blake E,, & Mael, F. (1989). Social Identification theory and organisation. Academy of Management Review, 14(1), 20-39.
