Ekonomi Pelancongan Penginapan Jangka Panjang Warga Emas Semakin Berkembang
Ketahui bagaimana penggiat industri pelancongan dapat memanfaatkan peluang daripada generasi baharu pelancong Rongsutei (penginapan jangka panjang) di Negeri Sembilan.
Ketahui bagaimana penggiat industri pelancongan dapat memanfaatkan peluang daripada generasi baharu pelancong Rongsutei (penginapan jangka panjang) di Negeri Sembilan.





Negeri Sembilan Melangkah ke Era Baharu Pelancongan Mesra Warga Emas!
Pada 3 November 2026, Program CARETURN Rongsutei dilancarkan buat julung kalinya di Seremban, membuka peluang baharu kepada industri pelancongan, perhotelan dan perkhidmatan untuk meneroka pasaran pelancongan penginapan jangka panjang dari Jepun.
Diterajui oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Negeri Sembilan dan HRD Corp Negeri Sembilan, serta dilaksanakan oleh MASOC CARE, inisiatif ini memperkukuh kompetensi berasaskan KAIGO untuk membangunkan industri pelancongan mesra warga emas.
Penghargaan khas kepada Puan Rosfitrisha binti Mohd Rozali (LPNS), Tuan Haziz bin Hassan (MAH Cawangan Negeri Sembilan), Tuan Mohd Khairul Nizam B. Supaat (HRD Corp Negeri Sembilan) dan Dr Melody Ang (Setiausaha Agung, MASOC CARE) atas kehadiran, sokongan dan komitmen dalam menjayakan pelancaran ini.
Kepada penggiat industri pelancongan, perhotelan dan perkhidmatan —
adakah anda bersedia untuk meneroka peluang pasaran baharu dan meningkatkan keupayaan pasukan anda?








We will grow old, care will return.
Program Rongsutei
Di seluruh dunia, pelancong warga emas mempunyai kemampuan kewangan dan masa untuk melancong lebih lama.
​
Khususnya, pelancong warga emas dari Jepun datang ke Malaysia untuk mencari destinasi yang memenuhi keperluan riadah dan keselamatan mereka sepanjang musim sejuk.
​
Sebagai penggiat industri pelancongan…
-
Adakah anda bersedia untuk menyambut mereka?
-
Adakah kakitangan anda mempunyai kemahiran untuk melayani warga emas?
-
Mampukah anda menonjol dalam pasaran pelancongan penginapan jangka panjang dari Jepun yang semakin berkembang?


100% HRD Corp Claimable Course
(Limited Seats Available)












